Nuffnang

Monday, July 30, 2018

Langkah langkah Memohon Meter dari Sesco

Assalamualaikum dan hai. Hari ini saya ingin kongsikan sedikit info dan langkah langkah untuk warga lawas memohon meter kepada pihak sesco.

Pertama sekali, untuk memohon meter untuk rumah baru, anda perlu berhubung dengan kontraktor  yang diiktiraf atau berlesen EIC. (Electrical Installation Contractor). Di Lawas, kontraktor yang mempunyai lesen tersebut tidak ramai.Salah 1 syarikat kontraktor yang boleh membuat pengurusan  memohon meter adalah syarikat Empayar Holding Enterprise.

Seterusnya anda perlu menyediakan beberapa dokumen dan diberikan kepada kontraktor.
Antara dokumen yang diperluakan adalah:


  • Salinan kad pengenalan pemohon atau pemilik tanah
  • Surat kebenaran dari pemilik tanh (Jika Perlu)
  • Pelan Ringkas lokasi rumah
  • Pelan ringkas elektrikal rumah tersebut
  • Menyatakan keluasan rumah


Pihak kontraktor akan mengisikan 'testing form' untuk anda.Setelah semua dokumen lengkap, pihak kontraktor akan menyerahkan semua dokumen kepada pihak sesco untuk diteliti dan meluluskan permohonan. Proses kelulusan selalunya akan mengambil masa seminggu hingga  2 minggu.

Setelah permohonan diluluskan, pihak sesco akan menghantar surat kelulusan serta menyatakan jumlah yang perlu dibayar ke pihak sesco untuk kerja kerja service line. Anggaran bayaran pertama adalah rm1000.00 sehinggalah mencapai rm8000.00 atau lebih mengikut situasi tempat dan berapa tiang yang diperlukan.

Setelah bayaran pertama diselesaikan, pihak sesco akan memulakan kerja erja service line d luar rumah dan seterusnya bayaran deposit diperlukan dan barulah meter akan dipasang.


Ada 3 kos pembayaran dalam proses permohonan meter tersebut: 
  • Pembayaran service Line kepada Sesco
  • Pembayaran Deposit Meter kpada Sesco
  • Pembayaran Upah pengurusan kepada Kontraktor


Ini hanya sedikit ringkasan permohonan.Jika ingin mengetahui langkah lebih lanjut anda boleh menghubungi encik sabri di talian 0194876289.

Langkah langkah Memohon Meter dari Sesco

Assalamualaikum dan hai. Hari ini saya ingin kongsikan sedikit info dan langkah langkah untuk warga lawas memohon meter kepada pihak sesco. ...